Rabu, 23 Ogos 2017

Pendaftaran PERCUMA untuk pengiklan di facebook group "$$$ Bebas Beriklan $$$.


Terima kasih kerana anda berminat untuk beriklan di dalam  facebook group saya.

Untuk beriklan anda perlu memasukkan sedikit butiran seperti yang di kehendaki di dalam borang di bawah ini.

Setelah anda klik di "hantar" , anda perlu login ke email yang anda baru masukkan tadi utk urusan pengesahan email. kebiasaannya akan berada di dalam INBOX ataupun di SPAM .






SILA ISI BUTIRAN DI BAWAH PASTIKAN ANDA MEMASUKKAN NO PHONE UNTUK SAYA HANTAR NO KOD IKLAN PADA ANDA.

Nama Facebook Anda
Email anda
Telefon/WhatsApp
Pemasaran e-mel oleh TrafficWave.net







KERABU PUCUK PAKU

KERABU PUCUK PAKU






Bahan

2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur

URAP KANGKONG DAN TAUGE




Bahan-Bahan
1/2 kilo kangkong, siang dan potong ikut suka hati
1/2 kilo tauge, bersihkan buang ekor dan kepalanya
1 biji kelapa parut putih
50 gram udang kering, direndam
6 biji lada kering
15 biji lada padi
4 biji bawang putih dikisar halus
2 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
6 biji cekur
4 helai daun cekur, dirampai
Garam secukup rasa


Cara Cara
Rempah kisar disanggar dengan kelapa parut, sehingga setengah masak, supaya tahan bila disimpan. Tabur sedikit garam Kemudian masukkan daun cekur, gaul rata dan terus matikan api.
Kangkong di celur satengah masak dan ditoskan. Siram tauge dengan air panas dan toskan.
Semasa hendak menghidang, ambil sedikit sambal kelapa dan gaulkan dengan kangkong dan tauge.

PANDUAN
Untuk mempelbagaikan urap ini, tambahkan pucuk ubi, hirisan kacang panjang, atau sayur-sayuran lain yang sesuai dan boleh dicelur atau dimakan mentah seperti kobis, keceper dll.

KERABU PERUT


Bahan-bahannya:
50 gram perut lembu - direbus
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
1 batang serai - dihiris halus
5 helai daun limau purut - disiat
1 biji limau nipis - diperah
Daun salad
www.familiazam.com
Cili benggala merah atau hijau
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Gaulkan bawang besar bersama serai, kemudian masukkan perut, daun limau dan air parahan limau. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan daun salad dan cili benggala merah atau hijau sebelum dihidangkan

URAP SILOM


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Secekak silom @ selom
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan - dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi - kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya

Cara-cara

  1. Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  3. Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  4. Urapsilom-perencah
    Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam bekas @ mangkuk. Campurkan bawang yang telah dihiris dan gaul hingga rata. Ketepikan.
  5. Urapsilom-potong2
    Cuci bersih daun silom dan dipotong halus - macam potong daun bawang/sup.
  6. Campurkan daun silom yang telah dipotong bersama dengan bahan2 yang telah ditumbuk. Kacau hingga rata dan sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas....
  8. Silom boleh digantikan jugak dengan kacang botol ke, pegaga ke. Emmm...sedapnya!

Urap Pucuk Ubi

Urap Pucuk Ubi


Bahan-bahan ( 4-5 org )
  • Seikat pucuk ubi (dlm 300gm lbh kurang)
  • Sedikit taugeh dibuang ekor
  • 2 sudu besar lada boh
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 inci kunyit
  • * 6-8 cekur (ikut saiz)
  • * 1 sudu besar udang kering direndam
  • * 7-8 biji cili padi
  • 2-3 helai daun cekur dihiris halus
  • 100 gm kelapa parut
  • 2 susu besar air asam jawa
  • garam, gula n perasa ikut suka

Cara-cara

  1. Celur pucuk ubi dlm air panas yg diletakkan sedikit minyak. Bila pucuk ubi masak angkat dan toskan airnya. Kepal pucuk ubi kuat supaya air betul2 kering. Potong halus2 dan ketepikan.
  2. Tumis lada boh hingga garing. Kisar bahan bertanda*. Masukkan dlm lada boh yg telah garing tadi. Tumis hingga naik bau. Letak air asam jawa. Tumis hingga betul2 kering.
  3. Masukkan gula, garam, perasa dan kelapa parut. Gaul rata. Akan jadi mcm ala2 serunding. Bolehlah masukkan pucuk ubi, gaul rata masukkan hirisan daun cekur n taugeh. Tutup api n siap....
  4. Boleh juga gantikan pucuk ubi dgn daun selom atam kacang botol tapi jgn celur hiris halus jer.

Kerabu Sotong

Kerabu Sotong



BAHAN-BAHAN:
200 gm sotong putih (potong panjang)
100 gm kacang panjang (hiris halus)
2 tangkai cili merah (hiris halus)
4 tangkai cili padi (hiris halus)
5 ulas bawang kecil (hiris halus)
20 gm daun pegaga (hiris halus)
1 sudu besar kerisik
Garam dan lada sulah
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis (perah)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebuskan sotong hingga masak dan toskan.
2. Campurkan bahan yang dihiris halus dengan sotong.
3. Masukkan bahan-bahan lain, gaul rata.

Rebung Kerisik

Rebung Kerisik



BAHAN-BAHAN:
300 gm rebung (hiris dan celur)
6 tangkai cili padi (hiris)
8 ulas bawang merah (hiris)
2 tangkai cili merah (hiris)
150 gm kerisik
2 batang serai (hiris)
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 cawan santan pekat
2 helai limau purut (hiris halus)
80 gm daun ketumbar (hiris kasar)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebung direbus sehingga lembut. Ketepikan.
2. Hiris rebung (kasar) dan gaulkan dengan semua bahan-bahan.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

SOMTAM


SOMTAM

BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda
1 biji mangga muda
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi
4 tangkai kacang panjang
30 gm kubis
10 gm kacang tanah
3 biji tomato ceri
20 gm udang kering (tumbuk)
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar sos ikan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Sagat memanjang betik dan mangga. Kemudian potong halus memanjang kubis. Kacang panjang potong 6 cm.
2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak perlu tumbuk, biarkan pecah-pecah sedikit.
3. Kemudian gaulkan dengan betik, kacang tanah, mangga, kubis, kacang panjang dan udang kering.
4. Akhir sekali tuangkan jus limau dan sos ikan. Masukkan tomato ceri dan gaulkan rata.

Kerabu Belimbing Buluh

 

Kerabu Belimbing Buluh


BAHAN-BAHAN:
(Hiris)
5 biji belimbing buluh
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar

(Tumbuk)
5 tangkai cili merah
1 sudu besar lada hitam
Sedikit belacan (secukup rasa)

1 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan bahan A dan B.
2. Masukkan pula bahan C ke dalam mangkuk dan gaulkan rata. Sesuaikan rasa garam dan gula dan hidangkan.

Keredok

 Keredok 

 


BAHAN-BAHAN:
Daun kemangi ataupun selasih
Terung ulam (bulat)
Kubis (hiris)
Tauge
Kacang panjang (potong 1/2 cm)
Timun (potong dadu)
100 ml air + 1/2 sudu besar asam jawa
Limau nipis

BAHAN BUMBU:
100 gm kacang tanah (goreng)
1 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
1 sudu kecil belacan
4 cm kencur
Garam
2 sudu besar gula merah

CARA MENYEDIAKAN:
1. Semua bahan bumbu ditumbuk lumat. Kacang tanah ditumbuk kasar.
2. Kemudian satukan dengana air asam jawa dan gula merah.
3. Perahkan sedikir air limau nipis.
4. Campurkan kesemua sayuran.

Nota: Ulaman yang digunakan boleh diganti dengan pilihan anda. Contohnya kacang botor.

Kerabu Pauh



Kerabu Pauh




BAHAN-BAHAN:

1 biji mangga

6 tangkai cili padi (hiris)

1 biji tomato (potong dadu)

50 gm udang kering

50 gm kacang

3 sudu besar air gula

Sedikit garam


CARA MENYEDIAKAN:

1.Ambil mangga dan parut agak kasar. Kemudian sangai kacang seketika.

2.Selepas itu tumbuk pula udang kering.

3.Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan dan bubuhkan air gula dan garam secukup rasa.

Kerabu Timun Tomato


Bahan-bahan

  • 1 biji timun - dihiris nipis dan dipotong 4
  • 1 biji tomato - dihiris nipis (ikut selera anda)
  • 1 biji bawang merah - dihiris nipis
  • 2 biji cili padi - dihiris kecil2
  • garam dan gula secukup rasa
  • capsicum yg didadu kecil2..

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan2 dalam sebiji mangkuk.
  2. Tambahkan bahan perisa secukup rasa dan gaulkan hingga sebati.

Kerabu Pucuk Kunyit





Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 6-7 helai daun pucuk kunyit (kalau yg masih bergulung2 tu lagi sedap)
  • 1 ekor ikan kembong (70-80gm) dibakar
  • 1 sk udang kering basuh dan digoreng
  • 1 biji bawang merah
  • 10-12 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 50 gm (2 sb) kelapa parut disangai hingga kuning
  • *1 biji limau kasturi
  • *sedikit garam, gula n perasa kalau suka

Cara-cara

  1. Pucuk kunyit dibersihkan, hiris halus mcm nak buat bunga rampai. Masukkan dlm satu bekas. ketepikan
  2. Ambil isi ikan dan tumbuk bersama semua bahan lain kecuali yg bertanda *, tumbuk kasar2 pun tak pe..
  3. Masukkan bahan yg telah ditumbuk kedlm bekas berisi daun kunyit tadi. Perahkan air limau kasturi. Masukkan garam, gula n perasa. Gaul sekata n siap...... bolehlah dihidang...

Urap Pegaga dan Selom

Urap Pegaga dan Selom


Bahan-bahan ( 1 hidangan )
  • 200 gm daun pegaga(diracik)
  • 200 gm daun selom (diracik)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan bakar
  • segenggam udang kering
  • 4-5 biji cili padi
  • 2 sm halia muda
  • 1 sudu makan jus limau kasturi
  • sedikit kelapa parut (ambil putihnya)
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Kupas kulit bawang merah dan bawang putih. Satukan dgn udang kering dan halia di dlm kuali. Gorengkan tanpa minyak. Kemudian ditumbuk bersama cili padi dan belacan sehingga lumat.
  2. Gaulkan bahan2 tumbuk tadi bersama daun pegaga dan daun selom. Masukkan jus limau, garam dan gula. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan kacau sebati. Hidangkan.
  3. **daun pegaga dan daun selom hendaklah dicuci bersih dgn air bergaram sebelum diracik
  4. **kelapa parut tak perlu digoreng. Tapi kalau nak goreng, boleh juga.

KERABU PUCUK CEKUR

KERABU PUCUK CEKUR



Bahan-bahannya:
1 cawan kerisik
2 biji lada hidup
150g udang hidup
1 biji bawang besar
1 sudu besar asam jawa
2 —3 helai pucuk cekur
5 batang kacang botor — dihiris, garam secukupnya dangula
Cara membuatnya:
Kelapa digoreng hingga kering dan diramas.
Lada hidup ditumbuk. Udang direbus dan ditumbuk kasar.
Bawang besar dihiris. Asam jawa diambil airnya yang pekat.
Gaul kesemua bahan ini bersama dengan garam dan gula hingga sebati.

Kerabu Perut Dengan Bunga Kantan




Bahan:
1/2 kg perut lembu - potong dan bersihkan
2 btg serai - mayang halus
1/2 btg bunga kantan - mayang halus
1 biji buah tomato - potong kecil
1/2 biji bwg besar - mayang dan potong halus
cuka secukup rasa
sos ikan/sotong secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
boleh di tambah timun/kacang pjg - potong halus dan taugeh sekiranya suka


Cara:
1.Setelah dibersihkan kesemuanya dan dipotong. Gaul.
2. Masukkan cuka, sos ikan, garam dan gula. Gaul rata.
3. Rasa dan hidang.
                                                      


Kerabu Udang Galah

Bahan-bahannya:
6 ekor udang galah - direbus
1 tangkai bunga kantan - dihiris halus
1 biji limau nipis - diperah
www.familiazam.com
1 batang serai - dihiris halus
1 biji tomato putih atau hijau
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
www.familiazam.com
Serbuk perasa secukupnya
1 biji limau kasturi - dijadikan hiasan

Cara-cara membuatnya:
Rebuskan udang galah. Gaulkan bunga kantan bersama tomato dan serai, masukkan air limau nipis. Kemudian udang yang telah direbus. Letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan lada merah dan lada hijau serta letakkan limau kasturi ditepi pinggan. Hidangkan


Kerabu Mangga Bunga Kantan




Bahan-bahan
10 kuntum bunga kantan
2 ulas bawang merah
1 biji mangga muda (diricih kecil)
2 sudu gula
2 batang serai
2 inci halia
20 biji lada hitam
Sejemput udang kering
1/2 biji kelapa
Sedikit asam jawa dan garam
Cara Membuatnya
1. Bunga kantan dimayang halus.
2. Bawang merah, halia, lada hitam dan udang digiling hingga lumat.
3. Kelapa diparut dan gaulkan dengan asam jawa, garam, gula dan bahan-bahan yang telah digiling. Kemudian gaulkan dengan mangga dan bunga kantan.
4. Setelah disesuaikan rasanya bolehlah dihidangkan.


Kerabu Jantung Pisang


Bahan
1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula

Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.

NASI ULAM/KERABU KEDAH





NASI ULAM/KERABU KEDAH

Bahan:
A:
3 pot beras jadikan nasi

B:
2. Daun ulam2an yang anda minati
(Daun gajus, putat, mengkudu, kunyit, kaduk,
Selom, kesum, dll) anggaran setiap helaian lebih kurang 3 helai kalau suka lebih lebihkan lah.

Kesemua ulaman di mayang halus-halus mcm bunga rampai dan dicincang lumat.

C:
3 btang serai
3 inci lengkuas
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah

Bahan2 ini di mesin halus

D:
1 keping ikan talang digoreng dan ditumbuk isinya
½ cawan kerisik

Cara:

Gaulkan kesemua bahan ulaman, bahan mesin, kerisik dan ikan kering sampai rata. Ambil nasi yg masih panas2 lagi tadi dan gaulkan bersama2 bahan tadi bersama sedikit garam sehingga nasi dan ulaman bercampur rata.
Makan nasi ulam ini bersama sayur keladi…

******************************************

SAYUR KELADI)

Bahan:

1 batang keladi disiang dan dicelur
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering dibersihkan
2 inci belacan
Udang kering/ikan bilis
3 keping Asam keping

Caranya:

Mesin kesemua bahan2 tadi bersama air yg banyak sehingga hancur,
Masukan ke dalam periuk bersama asam keeping garam dan perasa
Masak sehingga mendidih masukan keladi sehingga mendidih sekali lagi.
Makan bersama nasi ulam.

Nasi Ulam Pahang

Nasi Ulam Pahang


Bahan-Bahan:
600 gm nasi yang telah disejukkan
20 gm udang kering
20 gm ikan kering
40 gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
1 sudu besar kerisik (ditumbuk halus)
½ sudu teh serbuk lada
1 batang serai (diracik halus-halus)
Cara:
Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering. Mayang bawang merah halus-halus. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin bolehlah taburkan garam.
Tambahan:
Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak lebih sedap.

Resepi pelbagai Kerabu

Kerabu Kemoyang, kaduk, pucuk gajus dan nenas, Betik Muda, Mengkudu ,buah bonglai


Kerabu pucuk gajus dan nenas


Bahan-bahan

pucuk gajus ( secekak)
1/2 biji nenas masak ( kalau suka boleh tambah)
3 biji cili mrah ( tambahkan cili padi jika mahu pedas)
3 ulas bawang merah, sedikit garam dan belacan, sedikit gula.

Caranya

cili, bawang, belacan dan bawang dikisar . Nenas dipotong dadu atau racik halus. Daun gajus dipotong halus. Gaul semua dan rasa garam, gula . Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.




Kerabu kaduk


Bahan-bahan

Pucuk kaduk, serai, halia, bawang besar, sedikit kerisik, pes cili kering, kerang/udang/perut (direbus), garam, air asam jawa (pekat), sedikit santan pekat, gula

Caranya

1. Pucuk kaduk disusun, digulung & dimayang halus-halus. 2. Mayang bawang besar, halia, serai 3. Didlm bekas, campurkan bhn (2), garam, gula, kerisik, air asam, pes cili dan gaulkan dengan hirisan pucuk kaduk. 4. Masukkan udang/kerang/perut yg telah direbus dan gaulkan. 5. Masukkan santan pekat (sedikit shj). Nota: Utk mengelakkan kerabu dr cepat basi, perah santan dengan air panas, kerana santan yg menjadi punca makanan mudah basi. Nota: Sesetengah org utara mencampurkan beras goreng yg ditumbuk halus utk menambah sedap.



Kerabu kemoyang


Bahan-bahan

lima pelepah keladi kemoyang , dibersihkan dan dicelur
seekor ikan kembung dibakar tanpa rempah
setengah cawan santan kelapa, diperah menggunakan air masak
sedikit lada hitam ditumbuk kasar
sedikit kerisik
air perahan limau lipis
garam dan gula
2 ulas bawang merah
sedikit cili padi jika suka

Caranya

Keladi kemoyang yang telah dicelur ditoskan airnya. Tumbuk isi ikan kembung bersama bawang merah,kerisik dan lada hitam,masukkan garam dan gula. Gaul bahan tadi bersama keladi kemoyang dan santan.masukkan jus limau nipis secukup rasa dan masukkan juga cili padi yang dipotong kecil-kecil jika suka.Sedia untuk dihidang

Kerabu Betik Muda


Bahan-bahan

250 g betik muda
20 g kacang tumbuk
5 g belacan
5 g otak udang
5 ml jus limau nipis
5 ml cuka
10 g kacang botol
10 g timun
10 g daun bawang
5 g cili merah
5 g cili hijau
5 g cili padi
5 g jeruk halia
3 g garam

Caranya

1. Betik,kacang botol,daun bawang,cili merah,cili hijau dan jeruk halia dihiris halus.
2. Perap bahan-bahan ini bersama jus limau selama satu jam
3.Gaul semua bahan dengan belacan, kacang, otak udang, garam dan gula.
sedia untuk dihidang.

Kerabu Mengkudu


Bahan-bahan

1 cekak pucuk mengkudu
1 ekor ikan kembung direbus terlebih dahulu
sedikit lada hitam
3 biji limau nipis diambil airnya
3 ulas bawang merah dan satu labu bawang besar
Sedikit garam dan gula

Caranya

Pucuk mengkudu dibersihkan dan direbus hingga masak(lembut), toskan dan potong halus-halus. Ikan kembung rebus diasingkan isinya dan ditumbuk tidak terlalu lumat.Bawang merah dan bawang besar dimayang halus. Gaulkan bahan-bahan ini bersama santan hingga sebati. tumbuk lada hitam hingga lumat dan gaulkan kedalamnya.masukkan sedikit gula dan garam. Gaul sebati. Perah air limau nipis kedalam campuran tadi dan gaul sebati. sedia untuk dihidangkan. p/s : dikelantan selalunya sedikit budu( 1 sudu teh) dimasukkan sebagai perisa dan penyedap. Kerabu ini amat sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis. selain daun, buah mengkudu juga boleh dijadikan kerabu. Selamat mencuba




Kerabu buah bonglai


Bahan-bahan

2 biji/keping buah bonglai muda
Setengah cawan santan kepala
kerisik
Ikan tawar(ikan yang dibakar tanpa rempah),boleh gunakan ikan kembung
cuka atau limau nipis
garam dan gula

Caranya

Buah bonglai dibakar hingga kulit luarnya agak hangus, setelah itu bahagian yang hangus dikikis dan buah ini dihiris halus.Masukkan kedalam mangkuk,masukkan santan, pastikan santan diperah menggunakan air yang telah dimasak.Masukkan isi ikan kembung yang telah ditumbuk kasar bersama kerisik, gaulkan rata-rata. Masukkan pula garam dan gula serta cuka atau air limau nipis.Potong cili padi halus-halus jika suka dan gaulkan bersama kerabu ini. Sedia untuk dihidangkan.

KERABU PUCUK BETIK DAN DAUN JAMBU




Baban-bahannya:
2 tangkai pucuk betik
1 tangkai daun jambu
1 5g garam
25g belacan
l00g udang kering
60g bawang merah
30g bawang putih
25g cili merah
5 helai daun cekur
½ biji kelapa parut,
5 biji limau kasturi
1 senduk minyak
Cara membuatnya:
Rebus pucuk petik bersama daun jambu hingga lembut.
Angkat dan toskan. Hiris halus bahan-bahan ini.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, belacan,
udang kering, daun cekur dan kelapa parut sehingga terbit baunya.
Padamkan api dan sejukkan.
Tumbuk bahan-bahan tersebut dan gaulkan dengan pucuk betik.
Akhir sekali perabkan asam limau dan digaul sebati. mmm
              

Sabtu, 5 Ogos 2017

PERIUK NOXXA - DAPUR X BERASAP

JOM MASAK GUNA PERIUK NOXXA: BIHUN GORENG


Bahan-bahannya:

1 bungkus bihun jenama Faiza 400 gm - basuh dan toskan, tak perlu direndam

Udang/sotong secukupnya

Nuget ayam - digoreng, kemudian dipotong dadu - boleh ditambah

Sayur-sayuran - opsyen

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis

2 sudu besar sos tomato

600ml air 

Garam dan gula secukup rasa 





Bahan-bahan Tumis:

3 sudu besar minyak 

1 biji bawang besar - dihiris

4 ulas bawang putih - dihiris

1 senduk nasi cili kering kisar


Cara-cara Membuatnya:


1.  Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa.



 2.  Tekan fungsi `STIR FRY' dan ON (butang warna merah)  
     3.   Bila minyak telah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih, dan nuget ayam.

   Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.



4.  Kemudian masukkan cili kering kisar.  Kacau dan biarkan cili garing. 

 Kemudian masukkan air 600ml. dan kacau rata.

 5.  Selepas itu masukkan sos tiram, sos tiram, dan kicap manis.  Masukkan udang dan kacau.  Perasakan dengan garam dan gula. Biar kuah mendidih dan pada masa yang sama udang pun masak.
  6.   Masukkan bihun dan sayur, dan gaul rata.




7.  OFF kan fungsi `STIR FRY'.

 8.   Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada di kedudukan `HIGH PRESSURE'.
 9.  Tekan fungsi `HIGH PRESSURE' 6x dan tekan `ON'.
 10. Selepas tamat masa memasak (masa menunjukkan 0), tolak tombol kepada kedudukan steam untuk keluarkan wap  (perlu diingat sekiranya wap masih ada di dalam periuk, penutup tidak boleh dibuka disebabkan masih mempunyai tekanan).
11.  Kacau dan kaupbalikkan bihun sehingga rata.  Tutup periuk dan tekan fungsi `WARM-REHEAT' supaya bihun senantiasa panas dan sedap dimakan. Sekiranya tidak mahu, bolehlah mengalihkan bihun dari periuk  ke bekas lain.