Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa
1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai - dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)
Penyediaannya:
1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu
atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal
tekanan ke PRESSURE.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal
tekanan ke PRESSURE.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM.
Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh
dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka).
Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
4. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih
berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik,
gula perang dan garam secukup rasa.
5. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan