Resepi udang galah masak lemak cili api sedap

Resepi udang galah masak lemak cili api sedap
Resepi udang galah masak lemak cili api sedap. Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi udang galah masak lemak cili api sedap sehingga siap untuk dimakan. Sebelum bermula nah saya bagi anda tengok gambar terlebih dahulu supaya perasaan untuk memasak sentiasa membuak-buak didalam dada hehe.

resepi udang galah masak lemak cili api sedap
Pastikan anda memilih udang galah yang segar bagi menjamin kelazatan masakan anda. Panduan dan resepi udang galah masak lemak cili api sedap adalah seperti berikut:

Masa penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan
Bahan-bahan:

udang galah segar
  • udang galah segar
  • Santan daripada sebiji kelapa
  • 9 ulas cili padi *
  • 2 inci kunyit hidup *
  • 1 sk garam kasar *
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1 biji buah binjai untuk tambah kesedapan
Cara memasak:

1. Tumbuk halus semua bahan bertanda *
2. Masukkan dalam periuk santan, serai berserta bahan tumbuk dan didihkan dengan api perlahan.
3. Setelah mendidih, kacau-kacaukan selalu selama 3 minit kuah itu untuk mengelakkan santan pecah dan supaya bahan tumbuk dan santan benar-benar mesra.
4. Masukkan udang dan didihkan lagi selama 2 minit. Jangan lupa kacau-kacaukan kuahnya.
5. Masukkan buah binjai yang dihiris tebal. Ikut suka koranglah
6. Didihkan lagi selama 3-5 minit. Perasakan garamnya.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Akhirnya siap juga resepi udang galah masak lemak cili api sedap ni ye. Senangkan? In sha Allah walaupon simple je.. tapi rasa dia mengagumkan. Sampai disini sahaja program masak-masak bersama saya dan semoga berjumpa lagi. Selamat mencuba!


Untuk membaca kisah kisah Para Anbia' di email anda sila masukkan butiran di bawah dan klik submit.
 



Name
Email
Email Marketing by TrafficWave.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan