1. Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili saiz kecil dengan gunting mengikut 45 darjah.
2. Rebuskan sehingga cili lembut. Kebiasaannya biji-biji cili akan gugur. Bersihkan rebusan dengan penapis.
3.
Kisar cili mestilah 1 bahagian cili di balang pengisar dan 1 bahagian
air. Jangan sendatkan balang pengisar. Gunakan hanya 3/4 bahagian balang
pengisar supaya balang mempunyai ruang.
4. Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat, masukkan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar.
5.
Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar;
kebiasaannya 1 minit berhenti 30 saat dan kisar kembali. Kisaran
berterusan akan membakar motor pengisat.
6. Elakkan menggunakan bahan panas dikisar. Ini akan menumpulkan pisau pengisar.
7. Tentukan setiap kali habis mengisar, bersihkan balang pengisar dengan betul.
8.
Tentukan cili kisar ditutup rapat. Cili yang telah dikisar perlu
simpan di bahagian bekuan peti sejuk bukan di bahagian penyejuk.
Untuk membaca kisah kisah Para Anbia' di email anda sila masukkan butiran di bawah dan klik submit.
Email Marketing by TrafficWave.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan