Rabu, 23 Ogos 2017

Urap Pucuk Ubi

Urap Pucuk Ubi


Bahan-bahan ( 4-5 org )
  • Seikat pucuk ubi (dlm 300gm lbh kurang)
  • Sedikit taugeh dibuang ekor
  • 2 sudu besar lada boh
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 inci kunyit
  • * 6-8 cekur (ikut saiz)
  • * 1 sudu besar udang kering direndam
  • * 7-8 biji cili padi
  • 2-3 helai daun cekur dihiris halus
  • 100 gm kelapa parut
  • 2 susu besar air asam jawa
  • garam, gula n perasa ikut suka

Cara-cara

  1. Celur pucuk ubi dlm air panas yg diletakkan sedikit minyak. Bila pucuk ubi masak angkat dan toskan airnya. Kepal pucuk ubi kuat supaya air betul2 kering. Potong halus2 dan ketepikan.
  2. Tumis lada boh hingga garing. Kisar bahan bertanda*. Masukkan dlm lada boh yg telah garing tadi. Tumis hingga naik bau. Letak air asam jawa. Tumis hingga betul2 kering.
  3. Masukkan gula, garam, perasa dan kelapa parut. Gaul rata. Akan jadi mcm ala2 serunding. Bolehlah masukkan pucuk ubi, gaul rata masukkan hirisan daun cekur n taugeh. Tutup api n siap....
  4. Boleh juga gantikan pucuk ubi dgn daun selom atam kacang botol tapi jgn celur hiris halus jer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan