Rabu, 23 Ogos 2017

URAP SILOM


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Secekak silom @ selom
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan - dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi - kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya

Cara-cara

  1. Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  3. Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  4. Urapsilom-perencah
    Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam bekas @ mangkuk. Campurkan bawang yang telah dihiris dan gaul hingga rata. Ketepikan.
  5. Urapsilom-potong2
    Cuci bersih daun silom dan dipotong halus - macam potong daun bawang/sup.
  6. Campurkan daun silom yang telah dipotong bersama dengan bahan2 yang telah ditumbuk. Kacau hingga rata dan sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas....
  8. Silom boleh digantikan jugak dengan kacang botol ke, pegaga ke. Emmm...sedapnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan