KARI TULANG DAGING LEMBU, 30 MINIT
Kebiasaannya bila kita memasak daging,
ia akan mengambil satu tempoh yang agak lama untuk daging menjadi
empuk/lembut. Kadang-kadang mengambil masa hampir 1 jam untuk lembut,
tapi itupun masih sedikit liat, bergantung kepada jenis daging. Kalau
daging segar mungkin mengambil tempoh yang agak singkat jika
dibandingkan dengan daging import.
Tetapi dengan menggunakan periuk Noxxa
ini, apapun jenis daging yang kita guna, ia akan cepat empuk/lembut.
Dalam masa 30 minit sahaja kari tulang lembu dah siap dan boleh
dihidangkan. Rasa karinya sama saja macam kita masak di atas dapur.
Mesti teruja nak mencuba bila tengok gambar di atas kan! Hanya gambar dalam periuk saja yang ada. Tak sempat nak snap gambar kari tulang daging dalam mangkuk. Apa-apapun jom kita tengok bahan-bahan yang perlu disediakan.
Bahan A:
1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan
2 cawan pati santan
4 - 5 biji kentang
2 biji tomato - dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B: (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya
Air secukupnya
Bahan C: Menumis
3 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya
Penyediaannya:
1. Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula.
1. Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula.
Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1. Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY' dan tunggu sehingga minyak panas.
2. Selepas minyak panas, masukkan kulit
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai.
Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun
kari. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak.
4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Off fungsi stir fry. Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit. Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE. Tekan on.
6. Selepas 30 minit berlalu, release steam. Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.
7. Buka tudung dan kacau rata.
Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE', Set 2 minit
tanpa perlu menutup periuk.
8. Selepas dua minit berlalu dan ubi
kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata dan
biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.
9. Sekiranya anda inginkan kari berada
di dalam periuk Noxxa dan senantiasa berada dalam keadaan panas,
bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan