KERABU PUCUK CEKUR
Bahan-bahannya:
1 cawan kerisik
2 biji lada hidup
150g udang hidup
1 biji bawang besar
1 sudu besar asam jawa
2 —3 helai pucuk cekur
5 batang kacang botor — dihiris, garam secukupnya dangula
Cara membuatnya:
Kelapa digoreng hingga kering dan diramas.
Lada hidup ditumbuk. Udang direbus dan ditumbuk kasar.
Bawang besar dihiris. Asam jawa diambil airnya yang pekat.
Gaul kesemua bahan ini bersama dengan garam dan gula hingga sebati.
Kerabu Perut Dengan Bunga Kantan
Bahan: 1/2 kg perut lembu - potong dan bersihkan 2 btg serai - mayang halus 1/2 btg bunga kantan - mayang halus 1 biji buah tomato - potong kecil 1/2 biji bwg besar - mayang dan potong halus cuka secukup rasa sos ikan/sotong secukup rasa garam dan gula secukup rasa boleh di tambah timun/kacang pjg - potong halus dan taugeh sekiranya suka Cara: 1.Setelah dibersihkan kesemuanya dan dipotong. Gaul. 2. Masukkan cuka, sos ikan, garam dan gula. Gaul rata. 3. Rasa dan hidang. |
Kerabu Udang Galah
6 ekor udang galah - direbus
1 tangkai bunga kantan - dihiris halus
1 biji limau nipis - diperah www.familiazam.com
1 batang serai - dihiris halus
1 biji tomato putih atau hijau
1 biji lada merah
1 biji lada hijau www.familiazam.com
Serbuk perasa secukupnya
1 biji limau kasturi - dijadikan hiasan
Cara-cara membuatnya:
Rebuskan udang galah. Gaulkan bunga kantan bersama tomato dan serai, masukkan air limau nipis. Kemudian udang yang telah direbus. Letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan lada merah dan lada hijau serta letakkan limau kasturi ditepi pinggan. Hidangkan
Kerabu Mangga Bunga Kantan
Bahan-bahan
10 kuntum bunga kantan
2 ulas bawang merah
1 biji mangga muda (diricih kecil)
2 sudu gula
2 batang serai
2 inci halia
20 biji lada hitam
Sejemput udang kering
1/2 biji kelapa
Sedikit asam jawa dan garam
Cara Membuatnya
1. Bunga kantan dimayang halus.
2. Bawang merah, halia, lada hitam dan udang digiling hingga lumat.
3.
Kelapa diparut dan gaulkan dengan asam jawa, garam, gula dan
bahan-bahan yang telah digiling. Kemudian gaulkan dengan mangga dan
bunga kantan.
4. Setelah disesuaikan rasanya bolehlah dihidangkan.
|
Kerabu Jantung Pisang
Bahan
1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula
Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam
Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan