Mee Hoon Goreng singapore/ Putih dengan Periuk Noxxa


Mee Hoon Goreng singapore/ Putih dengan Periuk Noxxa


Bahan-bahannya:
1 bungkus bihun jenama Faiza 400 gm - basuh dan toskan, tak perlu direndam
Udang/sotong secukupnya
fish cake / fish ball

isi ayam - dipotong dadu - boleh ditambah
sebatang karet di sagat
taugeh , daun kucai , daun sup (Sayur-sayuran - opsyen)
lada hitam 
kiub ayam 
lada merah dihiris

2 sudu besar sos tiram

600ml air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Tumis:
3 sudu besar minyak
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris

Cara-cara Membuatnya:

1. Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa.



2. Tekan fungsi `STIR FRY' dan ON (butang warna merah)




3. Bila minyak telah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih,
Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
Kemudian masukkan air 600ml. dan kacau rata

4. Selepas itu masukkan sos tiram, dan kicap manis. serbuk lada hitam dan kiub ayam.. kacau gunakan senduk kayu . Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biar kuah mendidih dan pada masa yang sama udang ,sotong pun masak.


.

5. Masukkan bihun dan sayur, dan gaul rata.

6. OFF kan fungsi `STIR FRY'.






7. Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada di kedudukan `HIGH PRESSURE'.3 minit















8. Selepas tamat masa memasak (masa menunjukkan 0), tolak tombol kepada kedudukan steam untuk keluarkan wap (perlu diingat sekiranya wap masih ada di dalam periuk, penutup tidak boleh dibuka disebabkan masih mempunyai tekanan).








9. Kacau dan kaupbalikkan bihun sehingga rata. Tutup periuk dan tekan fungsi `WARM-REHEAT' supaya bihun senantiasa panas dan sedap dimakan. Sekiranya tidak mahu, bolehlah mengalihkan bihun dari periuk ke bekas lain.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan