Bahan inti
1 batang carrot - di sagat
1 biji sengkuang - di sagat
5 tangkai kacang panjang potong halus
1 biji bawang besar - mayang
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan dan blend
garam/gula
Bahan Sambal
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah dan putih kisar
2 sudu besar sos cili
1sk air asam jawa
1sm gula melaka racik halus@gula putih
Garam
Bijan
Cara penyediaan inti popia - Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang kering kisar. kacau rata. Masukkan pula lobak merah, sengkuang, kacang panjang perasakan dengan garam dan juga gula gaul sebati, tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi kemudian gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.
Cara penyediaan sambal - Panaskan minyak, tumis bawang merah dan
putih, kemudian masukkan cili kisar .Masukkan sedikit air asam jawa dan
juga sos. Kacau. Masukkan gula dan sedikit garam. Suaikan rasa pedas dan
manis. Masak hingga sambal agak pekat dan kering. Masukkan popia yg
sudah digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan.Gaul.
Hidangkan.
Hidangkan.
NOTA : untuk menghasilkan popia yang sentiasa rangup selepas
disira, pastikan sambal ditumis agak kering dan tidak terlampau basah,
baru masukkan popia. begitu juga inti... toskan air sayur jika ada yg
boleh membuatkan popia jd lembik selepas disira.
Untuk membaca kisah kisah Para Anbia' di email anda sila masukkan butiran di bawah dan klik submit.
Untuk membaca kisah kisah Para Anbia' di email anda sila masukkan butiran di bawah dan klik submit.
Email Marketing by TrafficWave.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan