Bahan-Bahan
1/2 kilo kangkong, siang dan potong ikut suka hati
1/2 kilo tauge, bersihkan buang ekor dan kepalanya
1 biji kelapa parut putih
50 gram udang kering, direndam
6 biji lada kering
15 biji lada padi
4 biji bawang putih dikisar halus
2 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
6 biji cekur
4 helai daun cekur, dirampai
Garam secukup rasa
Cara Cara
Rempah
kisar disanggar dengan kelapa parut, sehingga setengah masak, supaya
tahan bila disimpan. Tabur sedikit garam Kemudian masukkan daun cekur,
gaul rata dan terus matikan api.
Kangkong di celur satengah masak dan ditoskan. Siram tauge dengan air panas dan toskan.
Semasa hendak menghidang, ambil sedikit sambal kelapa dan gaulkan dengan kangkong dan tauge.
PANDUAN
Untuk
mempelbagaikan urap ini, tambahkan pucuk ubi, hirisan kacang panjang,
atau sayur-sayuran lain yang sesuai dan boleh dicelur atau dimakan
mentah seperti kobis, keceper dll.